KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, gagal dalam usahanya merangkul gelaran sulung Terbuka Denmark selepas tewas kepada pemain China, Shi Yuqi, di pentas final di Odense, Ahad.
Permulaan yang goyah buat Zii Jii, pilihan keempat kejohanan, mensia-siakan kelebihan mendahului 9-5 pada set pertama sebelum lawan bukan pilihan itu menemui rentak untuk mengejar mata demi mata sebelum menang 21-18 dalam kejohanan di Arena Jyske Bank.
Bagaimanapun, Zii Jia, selaku pemain nombor tiga dunia, bangkit semula pada set kedua dengan mendahului 7-1 dan terus menguasai perlawanan sebelum menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pada set penentuan, Yuqi, 26, gagal disekat apabila mendahului 11-5 akibat kesilapan menyebabkan Zii Jia, 24, gagal merapatkan kedudukan sebelum akur dengan kekalahan 21-12 di set penentuan.
Dalam pada itu, Yuqi menamatkan kemarau gelaran selama tiga tahun apabila kali terakhir memenangi Terbuka Switzerland pada 2019.
Selepas perlawanan, Zii Jia dengan tenang menerima keputusan tersebut dan berazam untuk kembali semula dengan lebih mantap pada Terbuka Perancis 2022 di Paris bermula Selasa ini.
"Sekurang-kurangnya saya telah mencuba yang terbaik di sini dan akur dengan keputusan ini. Saya akan mengharungi dua lagi kejohanan selepas ini dan harap dapat mengekalkan prestasi semasa," katanya.
Sementara itu, di Indonesia, pemain negara, Leong Jun Hao memenangi gelaran sulung dunia selepas mengecewakan rakan senegara, Cheam June Wei pada aksi final Indonesia Masters di Malang.
Jun Hao terpaksa berhempas pulas selama 67 minit sebelum mengecewakan June Wei, 9-21, 22-20, 21-19 pada acara Super 100 tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
Zii Jia (gambar) ditewaskan pemain China, Shi Yuqi, di pentas final Terbuka Denmark di Odense, pada Ahad. - Facebook Badminton Association of Malaysia
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.